fbpx
MARYGRACE merupakan juara bagi program realiti, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM). - Foto AMIR KHALID

Menang RM500,000, Marygrace beli tanah, bawa keluarga tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi Marygrace memanfaatkan wang kemenangan bernilai RM500,000 dengan membeli tanah selepas dinobatkan sebagai juara program realiti, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM).

Selain pelaburan jangka panjang, Mary atau nama sebenar, Marygrace Jane C Penserga, 24, juga merealiasikan impiannya menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.

“Salah satunya saya buka perniagaan di Sabah iaitu kedai cat kereta yang saya buat bersama kawan saya

“Saya pula memang minat kereta jadi saya cuba buka kedai cat di Kota Kinabalu. Saya juga membeli tanah dan merancang untuk bina rumah.

“Mungkin tahun hadapan saya akan bawa satu keluarga pergi umrah,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Berkongsi lanjut, anak kelahiran Sabah itu memaklumkan perancangan menunaikan umrah dibuat pada tahun hadapan berikutan jadual kerja adiknya yang kini sedang menjalani latihan industri.

“Fasal umrah pula saya sudah buat tempahan, kami masih merancang betul-betul sebab adik saya masih belajar.

“Bulan ini bulan terakhir dia buat latihan industri jadi kami akan pergi tahun hadapan.

“Meskipun saya rasa belum bersedia tapi mak saya suruh pergi juga,” katanya lagi.

Sebelum ini, Marygrace diangkat sebagai juara CSOIAM selepas pelbagai cabaran yang dihadapi dalam program terbabit.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkannya membawa pulang wang tunai RM500,000 dan menyifatkan hadiah terbabit sebagai tiket ekspres untuk membawa kebahagiaan kepada keluarga.

Selain Rm500,000, Marygrace juga menerima sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI