fbpx
PINGAT emas bermakna buat pesilat negara, Muhammad Izzul Irfan sejurus diumumkan sebagai pemenang di Sukan SEA Thailand 2025.- MSN

Sukan SEA: Bantahan jadi ‘penyelamat’ emas Izzul Irfan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Tindakan pantas kem silat negara mengemukakan bantahan ternyata berbaloi apabila menghadiahkan pingat emas dramatik buat pesilat negara, Muhammad Izzul Irfan Marzuki dalam aksi final menentang wakil tuan rumah, hari ini.

Kemenangan dalam Kelas D Putra itu hadir penuh kontroversi apabila pingat emas pada awalnya seakan-akan sudah terlepas ke tangan pesilat Thailand, Peerapon Mitasarn yang mendahului pungutan mata sebaik tamat perlawanan.

Dalam keputusan awal, Mitasarn diberikan kemenangan dengan mata 60-57 selepas juri mengambil kira satu tendangan yang dilakukannya pada saat-saat akhir.

Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Bibi Aishah Golbal Shah berkata, pasukannya bertindak pantas melakukan protes rasmi selepas mengesan pelanggaran peraturan yang jelas dilakukan oleh lawan.

Jelas Bibi, bantahan dibuat kerana sepakan yang menyumbang mata kepada Thailand itu dilakukan selepas gong penamat dibunyikan.

“Protes berjaya kerana pelanggaran (peraturan) dilakukan oleh atlet Thailand dan mata ditolak sepuluh,” katanya ringkas.

Susulan bantahan yang diterima juri, 10 mata Mitasarn dipotong, sekali gus mengubah keputusan akhir menyaksikan Izzul Irfan diisytiharkan sebagai pemenang temasya dwitahunan itu dengan keputusan 57-50. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN