fbpx
Akmal Nasrullah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah dan Setia di Istana Negara, hari ini.

Keadaan ekonomi sangat mencabar – Akmal Nasrullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Hakikat yang lebih berat adalah kita berhadapan dengan keadaan ekonomi yang sangat mencabar”.

Demikian ulasan Menteri Ekonomi yang baru dilantik, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berhubung kedudukan ekonomi semasa.

Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi dunia dijangka lebih perlahan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2027.

Jelas beliau, keadaan itu disebabkan oleh isu ketegangan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global.

“Insya-Allah kebimbangan ini akan mendorong fokus saya dalam menentukan keutamaan yang perlu diambil,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Akmal Nasrullah berkata, tindakan yang bertanggungjawab bagi menghadapi cabaran itu adalah dengan meneroka segala ikhtiar dan pilihan yang ada.

Kata beliau, pihaknya perlu sedaya upaya meletakkan posisi ekonomi yang terbaik walau berhadapan dengan cabaran yang amat sukar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI