fbpx
PELANCARAN Perodua Traz pada harga bermula RM76,100.

Perodua Traz dilancar pada harga RM76,100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu jenama nasional iaitu Perodua Traz, dengan harga bermula RM76,100.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, model itu dibangunkan dengan pelaburan RM563.3 juta sejak Mei 2021 dengan kandungan tempatan mencecah 95 peratus.

Jelasnya, pengenalan model Perodua Traz dijangka memberi impak signifikan kepada industri automotif tempatan, khususnya dalam rantaian bekalan dan pembuatan komponen.

“Model Traz dihasilkan di kilang Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. di Sungai Choh, Rawang, dan dijangka memberi sumbangan positif kepada prestasi Perodua bermula 2026 dan seterusnya,” katanya pada Majlis Pelancaran Perodua Traz di sini, hari ini.

Model lima tempat duduk itu direka khusus untuk kegunaan bandar dan keluarga, sekali gus melengkapkan rangkaian SUV Perodua sedia ada seperti Ativa dan Aruz.

Perodua Traz ditawarkan dalam dua varian iaitu X dan H, dengan harga antara RM76,100 dan RM82,000, menyasarkan pengguna bandar yang mahukan SUV kompak berharga kompetitif.

Penghantaran Perodua Traz dijangka bermula dalam masa terdekat di Semenanjung.

Dari aspek kecekapan, Traz menggunakan enjin 1.5 liter 2NR-VE DVVT-i dengan kuasa 105hp dan 138Nm, dipadankan dengan transmisi D-CVT, mencatatkan penggunaan bahan api sehingga 21.3 km/l mengikut Mod Kitaran Pemanduan Malaysia.

Perodua Traz turut dilengkapi ciri praktikal seperti Power Back Door dengan Kick Sensor dan corong penyaman udara untuk penumpang belakang.

Pilihan warna bagi SUV ini termasuk warna red cranberry, electric blue dengan bumbung hitam, glittering silver, ivory white dan granite grey.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN