fbpx
Mohd. Jefri dan Hamidah memegang Labubu (tengah) dan Puan Sri ketika ditemui di Lorong Seni Seremban baru-baru ini.

Kera jinak macam cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sepasang suami isteri bijak mencari pendapatan sampingan apabila menghiburkan pengunjung Lorong Seni Seremban di sini dengan kehadiran dua ekor kera jinak bergelar Labubu dan Puan Sri.

Mohd. Jefri Md. Nor, 53, berkata, dia dan isterinya, Hamidah Aman, 58, membuat persembahan santai di situ sejak Ogos lalu untuk menghiburkan pengunjung dan memperkenalkan bandar Seremban kepada pelancong.

Katanya, Labubu dan Puan Seri masing-masing yang berusia dua dan enam tahun dijaga sejak kecil dan dianggap sebagai cucu sendiri.

“Saya berhabis antara RM200 hingga RM300 sebulan untuk beli keperluan mereka seperti lampin pakai buang, bedak serta mandian bayi, madu dan telur ayam kampung untuk menguatkan antibodi.

“Kami buat persembahan seikhlas hati untuk orang bergambar. Mereka bukan sahaja menarik perhatian orang tempatan tetapi pelancong dari Jerman, China dan Bosnia,” katanya.

Menurut Mohd. Jefri, kera mempunyai jangka hayat antara 10 hingga 15 tahun dan sifatnya juga berbeza, dengan Puan Sri lebih jinak dengan ­lelaki dewasa berbanding wa­nita.

Katanya, Labubu dan Puan Sri turut menjadi peneman hidupnya dan sering tidur bersama pada waktu malam.

“Kalau malam memang tidur sekali, dah jadi seperti cucu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN