fbpx
Ramlan mempengerusikan Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri Lamag, Sabah. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PRK Kinabatangan, Lamag ditetapkan 24 Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah dijalankan serentak pada 24 Januari depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan, tarikh penamaan calon pula adalah pada 10 Januari, manakala hari pengundian awal ditetapkan pada 20 Januari depan.

“Sejumlah 48,722 pemilih terlibat bagi dua PRK itu membabitkan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM10 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK berkenaan di sini hari ini.

PRK Kinabatangan dan Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu di sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu, Sabah.

Bung Moktar, 66, mempertahankan kerusi Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 baru-baru ini dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI