fbpx
Ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara dijangka memasuki fasa baharu yang lebih moden, fleksibel dan berorientasikan teknologi susulan pembentangan Rang Undang-Undang Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 serta Rang Undang-Undang Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025.

TVET lebih fleksibel, mesra belia – Belia Mahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara dijangka memasuki fasa baharu yang lebih moden, fleksibel dan berorientasikan teknologi susulan pembentangan Rang Undang-Undang Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 serta Rang Undang-Undang Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025.

Presiden Belia Mahir, Mohammad Rizan Hassan berkata, pindaan tersebut memberi mesej jelas bahawa kerajaan serius membina sistem TVET yang relevan dengan keperluan pasaran kerja sebenar dan tidak membebankan golongan belia.

Menurutnya, antara pembaharuan utama ialah pengenalan laluan modular yang membolehkan belia menaik taraf kemahiran secara berperingkat, sekali gus memberi ruang untuk bekerja sambil belajar.

Katanya, pindaan itu turut membuka peluang lebih luas kepada belia untuk menceburi bidang teknologi termaju seperti kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, automasi, kenderaan elektrik (EV) dan teknologi hijau yang menawarkan prospek kerjaya jangka panjang.

“Pengiktirafan kategori Pakar Kemahiran dan Pakar Kemahiran Kanan juga memberi motivasi kepada belia membina kerjaya teknikal sehingga ke tahap pakar, bukan sekadar kekal sebagai teknisyen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, peluang pembiayaan latihan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang diperluaskan kepada program di luar bidang NOSS disifatkan mampu membuka lebih banyak pilihan latihan berimpak tinggi, termasuk kerjasama antarabangsa.

“Dari sudut industri, pindaan RUU ini dilihat mampu menangani isu ketidaksamaan standard kemahiran serta jurang keperluan tenaga kerja melalui sistem pentauliahan yang lebih ketat dan tersusun.

“Penglibatan wakil industri dalam Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) juga dijangka menjadikan keputusan lebih selari dengan kehendak pasaran kerja semasa,” uajrnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI