fbpx
Pelbagai destinasi menarik lain termausk di Indonesia untuk dilawati selepas Hatyai dilanda banjir pada hujung bulan lalu.

Tanpa Hatyai, musim cuti jadi suram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Penulis adalah salah seorang daripada kumpulan pelancong Malaysia yang terpaksa membatalkan segala perancangan dan tempahan hotel untuk bercuti di Hatyai, Thailand pada pertengahan bulan Disember ini.

Melihat kepada kesan banjir besar yang melanda destinasi pelancongan popular itu, proses pemulihan dan transformasinya juga dijangka mengambil masa yang agak panjang kerana tahap kerosakan dan kerugian yang agak teruk.

Tetapi percayalah, mangsa banjir itu juga mahu agar segala kesan daripada bencana alam tersebut dapat dipulihkan dengan segera, sekali gus segala aktiviti harian, mencari rezeki seperti sebelum ini kembali rancak.

Tapi bagaimanapun pula dengan pelancong Malaysia yang sudah menyimpan angan-angan bercuti di wilayah Thailand itu? Pastinya sudah ada pelan ‘backup’ yang dirancang agar mengubati hati yang luka kerana tidak dapat menikmati makanan mewah yang murah dan berbelanja besar.

Jadi mungkin ada yang ‘terlajak’ terus ke Bangkok kerana banyak promosi di media sosial yang mempromosikan destinasi menarik di ibu kota Thailand itu atau ada yang memilih ke Jakarta, Bandung, Batam, Indonesia atau juga ke lokasi popular sekarang iaitu di Vietnam.

Jika ada yang berbelanja besar, pastinya sudah terbang ke Eropah untuk menikmati percutian musim sejuk atau ada juga yang mahu mencari kelainan dengan menaiki kapal persiaran untuk belayar ke destinasi percutian yang dihajati.

Cuti yang telah diambil pastinya tidak akan dipersiakan begitu kerana misi bercuti di Hatyai terpaksa di batalkan, jadi pelbagai alternatif tersedia untuk diteroka.

Sebenarnya, masih banyak lagi destinasi pelancongan menarik di dalam negara yang kadang-kadang kita terlepas pandang dan tidak mahu mencubanya kerana mungkin tidak popular tetapi ia sebenarnya lebih murah dan menjimatkan.

Ketika ini jugalah sepatutnya, pihak hotel, agensi pelancongan dan juga Tourism Malaysia memainkan peranan penting untuk mempromosikan pakej percutian yang terbaik yang digabungkan dengan penginapan, aktiviti menyusuri sungai di sekitar hutan paya bakau, meneroka gua, melihat tumbuhan flora dan fauna yang bersesuaian, melawat dusun buah-buahan atau aktiviti lain untuk semua peringkat umur.

Rakyat Malaysia memiliki kuasa beli yang tinggi untuk dibelanjakan ke arah pakej pelancongan yang unik dan menarik, apatah lagi pada musim cuti persekolahan ini.

Jadi tidak hairanlah sekiranya pameran pelancongan dan ekspo yang berkaitan tawaran promosi pelancongan di pelbagai lokasi di pusat beli-belah atau pusat persidangan utama, ribuan orang tidak akan melepas peluang tersebut untuk mendapatkan maklumat serta pakej pada harga murah dan diskaun yang berbaloi.

Jadi berehatlah seketika melepaskan lelah, meraikan diri sendiri yang penat bekerja sepanjang tahun dengan pelbagai dugaan dan cabaran di tempat kerja, di rumah malah di jalan raya yang memenatkan.

Sesukar manapun dugaan itu, kita kini berjaya juga mengharunginya hingga ke pengakhiran tahun dan tibalah masanya untuk merehatkan mental dan fizikal, malah ‘reward’ diri anda dengan keluar bercuti, membeli-belah atau melakukan perkara yang menggembirakan sebagai motivasi untuk berdepan cabaran tahun baru 2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN