fbpx
KEADAAN kereta dinaiki mangsa yang maut selepas bertembung dengan sebuah lori muatan sawit di Kilometer 60 Jalan Pekan-Rompin di Pekan malam semalam.

Pelajar tahfiz maut, Myvi bertembung lori sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEKAN – Seorang pelajar maahad tahfiz maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu bertembung dengan lori membawa muatan sawit di Kilometer 60, Jalan Pekan-Rompin di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian pukul 11.05 malam itu berlaku ketika Muhammad Fakhri Waqiuddin Basri, 22, dalam perjalanan dari arah Pekan menghala ke Rompin.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori.

“Akibatnya pemandu kereta cedera dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Drebar lori tidak cedera,” katanya hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus dan gelap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN