fbpx
Antara barangan yang berjaya dirampas dalam Op Taring Gelora di perairan Sungai Rengit, malam kelmarin.

9 lelaki kempunan balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Cubaan sembilan warga Indonesia untuk keluar dari perairan negara secara haram gagal selepas kesemuanya ditahan dalam operasi dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menerusi Op Taring Gelora di perairan Sungai Rengit, malam kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, operasi antara pukul 6.53 petang hingga 8.30 malam itu pada awalnya mengesan beberapa buah bot yang mencurigakan sebelum menahan kesemua suspek untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati, sembilan lelaki warganegara Indonesia berusia antara 22 hingga 52 tahun disyaki cuba keluar dari Malaysia melalui laluan laut yang tidak diwartakan.
“Soal siasat awal mendapati tiga daripada mereka merupakan tekong yang bertindak membawa penumpang keluar dan masuk ke Batam, Indonesia.

“Manakala enam lagi mengaku sebagai penumpang yang ingin pulang ke negara itu melalui jalan laut. Kesemua tangkapan telah dibawa ke markas taktikal PPM Wilayah 2 Pengerang untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut” katanya dalam kenyataan di sini.

Ab Rahaman berkata pihaknya turut membuat rampasan bernilai anggaran keseluruhan RM435,785 dalam operasi itu melibatkan dua bot pancung kayu, sebuah bot fiber, dua unit enjin sangkut Yamaha 100 HP, satu unit enjin sangkut Suzuki 100 HP dan sembilan telefon bimbit pelbagai jenis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN