fbpx
CHUKWUEZE (kanan) antara pemain Fulham yang bakal menyertai saingan AFCON bermula 21 Disember nanti.

Fulham tempang pemain bintang ke AFCON

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Fulham, Marco Silva mula ‘pening kepala’ apabila tidak dapat menggunakan ramai tonggak utama yang terpaksa dilepaskan apabila Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang akan membuka tirai rasmi 21 Disember depan.

Menurut Silva, beberapa tunjang penting musim ini seperti Alex Iwobi, Calvin Bassey dan Samuel Chukwueze akan beraksi buat kali terakhir menentang Burnley malam ini sebelum diberikan pelepasan menyertai negara masing-masing.

Silva berkata, situasi tersebut meresahkan barisan kejurulatihan terutama apabila masih ada beberapa pemain yang belum pulih daripada kecederaan seperti Rodrigo Muniz.

“Kami tidak panik kerana sudah tahu AFCON akan berlangsung pada tahun ini. Namun, harus diakui agak kecewa memandangkan mereka semua adalah pemain utama tetapi saya harap kami bersedia untuk hadapi cabaran yang tiba.

“Selain itu, kami juga masih menunggu khidmat Muniz kerana buat masa ini, jentera serangan terlalu bergantung harap kepada Raul Jimenez dan saya risau dia pula mengalami risiko kecederaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN