fbpx
Tangkap layar video menunjukkan ‘bahtera’ yang dibina untuk menyelamatkan Ebo semasa banjir besar. - TikTok

Nabi palsu bina bahtera, dakwa dunia tenggelam 25 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ACCRA –  Seorang nabi palsu di Ghana membina beberapa bahtera selepas kononnya  diberitahu oleh Tuhan bahawa banjir besar akan melanda dunia 25 Disember ini, lapor akhbar The Sun UK

Ebo Jesus, 30, mendakwa bahawa dia mendapat berita hujan lebat akan turun selama tiga tahun bermula pada tarikh tersebut. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ebonoah menunjukkan timbunan kayu balak dan sebuah bot kecil yang kononnya akan menyelamatkan Ebo apabila air mula naik. 

Klip video lain memaparkan Ebo dan pekerjanya sedang menyiapkan beberapa bot yang kelihatan kecil dan tidak mampu bertahan daripada banjir besar yang diramalkan. 

Saiz bot-bot tersebut jauh lebih kecil berbanding bahtera Nabi Nuh.

Rakaman itu mencatatkan lebih 12 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.. 

“Saya terfikir apa yang dia akan bagitahu jika tiada apa-apa berlaku pada 25 Disember ini?” kata seorang netizen. 

“Tolong pasang Wi-Fi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI