fbpx
Bella ketika hadir menemani Syed Saddiq di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Syed Saddiq tiba di mahkamah ditemani Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi.

Syed Saddiq, 33, tiba pada pukul 8.35 pagi. Sejurus selepas Syed Saddiq masuk ke mahkamah, penyanyi dan pelakon Bella Astillah kemudian menyusul dari belakang.

Pagi ini merupakan hari pertama pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya atas empat pertuduhan berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Wan Ladin memaklumkan tarikh pendengaran pada hari ini dan esok.

Wan Shaharuddin mewakili pihak pendakwaan manakala peguam-peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Low Wei Loke mewakili Syed Saddiq.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memaklumkan telah bersedia dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq terhadap empat pertuduhan itu.

Sebelum ini, pihak pendakwaan telah memfailkan petisyen rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan 28 alasan antaranya bagi mengembalikan semula sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi yang diketepikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan tersebut pada 25 Jun lalu.

Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas terhadap keempat-empat pertuduhan menerusi keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Ia selepas mahkamah itu membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Dua lagi hakim yang turut bersidang Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN