fbpx
Tangkap layar video memaparkan salah seorang penduduk Pidie Jaya, Aceh menceritakan musibah banjir dihadapinya.

[VIDEO] Tiga hari tak makan, minum air hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Salah seorang penduduk Pidie Jaya, Aceh berkongsikan pengalaman menyayat hati apabila terpaksa berlapar sepanjang tiga hari akibat musibah banjir yang melanda Sumatera Barat, Indonesia pada 27 November lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di Yayasan Mawaddah, wanita yang dikenali sebagai Fatimah itu terpaksa menadah air hujan menggunakan botol untuk menghilangkan dahaga sementara menunggu banjir surut.

“Hari ketiga baru kami bisa keluar menggunakan perahu,” katanya sebak.
Di dalam video yang sama, sukarelawan turut menunjukkan beras padi yang telah tumbuh akarnya, namun masih diperlukan penduduk untuk mengisi perut.

“Tetap ibu mahu ambil, sayang kerana takut-takut kita ya.. kerana kita sudah tiada sawah padi. Takut kita kelaparan pak,” luah ibu tersebut.

Sebelum ini, Ribut Senyar telah menyebabkan tanah runtuh dan banjir yang dahsyat di negara tersebut dengan rumah-rumah dibawa arus dan ribuan bangunan ditenggelami air.

Orang ramai dilaporkan hilang di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Portal berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) berkata, pasukan penyelamat di Indonesia sedang mencari sekurang-kurangnya lebih 400 orang yang dilaporkan hilang selepas banjir surut. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yayasan Mawaddah (@yayasanmawaddah)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI