fbpx
PARA pemain Arsenal perlu melepaskan geram ke atas Brugge bagi mengubati kekecewaan tewas di tangan Villa. - AFP

Arsenal kini ibarat ‘harimau terluka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal boleh dianggap sebagai ‘harimau terluka’ menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Club Brugge yang akan berlangsung di Stadium Jan Breydel awal pagi esok.

Ia berikutan aksi tanpa kalah The Gunners dalam 18 perlawanan berakhir selepas tewas 1-2 kepada Aston Villa minggu lalu sehingga menyaksikan kedudukan mereka selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin tergugat.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa barisan pemainnya supaya kekal bersemangat selain melupakan kekalahan itu bagi mengekalkan aksi sempurna mereka dalam saingan UCL musim ini selepas menang kesemua lima perlawanan.

“Sebelum ini, kami menang dan terus menang, jadi sekarang semua pemain perlu kekal tenang selain jangan panik. Kami perlu melakukan persediaan terbaik, sama seperti perlawanan-perlawanan lain.

“Memang saya sudah jangka aksi tanpa kalah akan berakhir, jadi pemain-pemain perlu bersedia dengan situasi tersebut. Sekarang kami perlu lupakan kekalahan itu dan fokus untuk aksi menentang Brugge,” katanya.

Sebagai rekod, Arsenal mempamerkan aksi cukup baik pada saingan musim ini apabila menerajui takhta dalam kedua-dua saingan EPL dan UCL.

Sementara itu, Arteta juga wajar berasa bimbang menjelang aksi akan datang memandangkan krisis kecederaan melibatkan pemain pertahanan kian meruncing apabila Christian Mosquera pula terpaksa berehat panjang.

Sebelum ini, The Gunners sudah pun kehilangan khidmat dua tonggak pertahanan, William Saliba dan Gabriel Magalhaes sehingga membuatkan mereka berdepan kesukaran bagi merantai pergerakan penyerang lawan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN