fbpx
Anggota APM menangkap ular sawa batik yang menggigit seorang kanak-kanak di sebuah rumah di Kampung Chabang Empat, Panji dekat Kota Bharu, semalam. Foto IHSAN APM

Budak tujuh tahun cedera digigit ular sawa ketika tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki cedera jari telunjuk tangan kanan selepas digigit seekor ular sawa batik seberat satu kilogram semasa tidur dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Chabang Empat, Panji di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa berusia tujuh tahun yang tidur bersama abangnya terjaga selepas jarinya sakit.

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu, Norlinawati Sawaludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 3.01 pagi sebelum anggota digerakkan ke lokasi bagi menangkap reptilia tersebut.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati ular sawa batik itu berada di tepi almari di dalam bilik tidak jauh dari tempat kanak-kanak tersebut tidur.

“Anggota mengambil masa lima minit untuk menangkap ular sepanjang satu meter itu. Dalam kejadian itu, mangsa mengalami luka pada jari telunjuk kanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ular sawa batik itu ditangkap dan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi APM Kota Bharu di Tunjong, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN