fbpx
Tangkap layar aliran trafik terkini di lebuh raya utama.

Kemalangan, tutup jalan punca beberapa lebuh raya sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama pada petang ini dilaporkan bergerak perlahan.

Menerusi laman sesawang Lembaga Lebuhraya (LLM), trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan bergerak perlahan di Sungai Buaya ke Bukit Beruntung disebabkan penutupan lorong kanan di kedua-dua arah disebabkan kemalangan di kilometer 428.5.

“Selain itu, aliran trafik turut perlahan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang di arah utara Persimpangan Damansara ke Plaza Tol Damansara,” lapor LLM.
Tambah LLM, keadaan sama juga berlaku membabitkan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah dari Putrajaya ke Bandar Saujana Putra serta Lebuh Raya Damansara-Puchong di Puchong utama ke Puchong Industri dan sekitar Petaling Jaya.

Selain itu, aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang dan laluan Country Heights ke Universiti Tenaga Nasional. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN