fbpx
Tangkap layar kejadian melibatkan dua penunggang basikal lajak yang datang dari arah Persiaran Putra Perdana menuju ke Kampung Tengah, Rabu lalu.

Aksi bahaya basikal lajak di Putra Heights, 2 remaja dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Polis menahan dua remaja lelaki yang masih di bawah umur selepas terlibat dalam aksi berbahaya menunggang basikal lajak di persimpangan lampu isyarat Putra Heights, di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung video berkenaan pada pukul 5.13 petang semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada 4 Disember lalu kira-kira pukul 5.55 petang, melibatkan dua penunggang basikal lajak yang datang dari arah Persiaran Putra Perdana menuju ke Kampung Tengah.
“Suspek didapati menunggang secara berbahaya dengan melanggar lampu isyarat merah dan hampir merempuh sebuah kereta yang sedang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau.

“Tindakan tersebut boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada diri mereka sendiri, malah kepada pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, bertindak atas maklumat risikan trafik, kedua-dua remaja itu berjaya dikesan dan ditahan di Bukit Lanchong sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Subang Jaya, Inspektor Mohd Aziziul Hakim Roslan di talian 011-289 4495.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak yang menaiki basikal lajak nyaris dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat, kelmarin.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sekitar Putra Heights, Puchong itu dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN