fbpx

Hanya putu mayam, ‘jarum’ Mr. E mengena cucuk hati Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Saya mengorat Erra Fazira dengan putu mayam sahaja.”

Demikian seloroh usahawan, Ezwan Zain atau Mr. E mendedahkan pertemuan pertama dengan penyanyi dan pelakon, Erra Fazira berlaku dipercayai stesen radio Sinar FM sekitar Mac 2022.

Menurut Ezwan, selebriti wanita tersohor yang ketika itu menjadi penyampai jemputan dilihat berselera menikmati kuih disediakan restoran miliknya.

“Sebenarnya saya tak pernah bertemu (bertentang mata) Erra Fazira. Saya tahu siapa Erra tapi tak pernah jumpa secara berdepan.

“Dipendekkan cerita, kami ke radio Sinar FM jamu penyampai, kita santai-santai. Erra pun waktu itu sebahagian daripada mereka. Saya tengok Erra beria-ia makan.

“Dia sahaja makan putu mayam  berulang empat kali. Saya yang ada kat situ tengok sambil cakap dalam hati  dia suka putu mayam Kita pun apa lagi,  ‘cocok’ lah lagi,” katanya dalam perkongsian YouTube KasiOnz.

Saluran tersebut direalisasikan Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, dengan Mr. E juga bakal suaminya bagi berkongsi kisah perhubungan mereka.

Episod pertama yang dikongsikan malam tadi bercerita tentang pernulaan tercetusnya hubungan sebelum mereka sepakat membina hidup bersama pada 12 Disember ini.

Sementara itu menurut Erra, selepas pertemuan di Astro, lelaki berstatus duda itu cuba mendekatinya dengan bertanyakan khabar.

“Selepas awak jumpa saya tu kan awak cuba nak masuk ‘line’. Dia tanya khabar pada PA (pembantu peribadi) kita, kakak sihat?

“Berbalik kepada minum petang yang disebut tadi, saya memang beria-ia sebab  dah lama, sejak usia muda, saya tak jumpa putu mayam yang sedap.

“Ini bukan memuji. Memang sedap. Saya tak ‘control ayu’. Dah suka saya ulang sampai empat kali,” ujarnya sambil tertawa.

Menurut Erra lagi, itulah pertemuan pertama yang melorongkan persahabatan mereka ke fasa berikutnya.

“Bermula dari situlah kita berkenalan walaupun tiada di hati saya berkenan pada pandang pertama,” katanya yang secara bergurau menyebut Mr. E sebagai Hang Kebun.

Katanya,  penampilan Mr. E yang kurus dan agak gelap membuatkannya memberikan gelaran tersebut.

Erra sebelum menamatkan spekulasi dengan membuat pengumuman tarikh pernikahan mereka pada 12 Disember ini.

Hubungan mereka yang dilihat akrab lebih setahun lalu menjadi tumpuan ramai apatah lagi selepas hampir 11 tahun Erra hidup solo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN