fbpx
UNITED (jersi merah) terpaksa akur sekadar mengutip mata menentang West Ham yang berada di tangga ketiga tercorot. - AFP

Aksi hambar pemain rugikan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menempelak barisan pemain apabila gagal mempamerkan prestasi konsisten selepas terikat seri 1-1 ketika bertemu West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Old Trafford itu, skuad The Red Devils dilihat bergelut untuk meraih mata di laman sendiri apabila pelawat berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk memastikan kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan keputusan seri.

Amorim mengakui semakin ‘pening kepala’ dengan aksi yang ditampilkan oleh pasukan kerana masih lagi melakukan kesilapan berulang terutama daripada aspek pertahanan.

“Saya sangat kecewa dan marah kerana tidak tahu bagaimana lagi cara untuk meningkatkan prestasi pasukan. Namun, kami tetap perlu bekerja lebih keras dengan fokus untuk melakar kemenangan pada aksi seterusnya.

“Secara peribadi, saya menafikan momentum pasukan sudah terkeluar daripada landasan, sebaliknya hanya kesilapan kecil yang mengukum kerana kami membiarkan lawan meraih gol penyamaan dengan mudah,” katanya.

Pengendali dari Portugal itu turut kecewa apabila pasukan kehilangan lima mata berharga di laman sendiri termasuk ketika tewas 0-1 kepada Everton bulan lalu.

“Apa yang membezakan adalah kesilapan mudah dan kami kehilangan lima mata berharga. Sedangkan pasukan sudah berada dalam zon selesa dan saya harap semua pemain dapat belajar daripada kesilapan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN