fbpx
Tangkap layar bas membawa 14 penumpang terlibat kemalangan di Hulu Selangor, hari ini.

14 penumpang nyaris maut, bas terbabas langgar besi penghadang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seramai 14 penumpang berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 428.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.49 pagi, unit siasatan lebuh raya menerima makluman mengenai kemalangan membabitkan bas yang dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, bas itu dalam perjalanan dari Terminal Bas Tuas, Johor menuju ke Pantai Remis, Perak, sebelum kejadian berlaku di lorong kanan daripada tiga lorong lebuh raya tersebut.

“Siasatan awal mendapati pemandu hilang kawalan sebelum bas terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di sebelah kanan. Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pemandu serta 14 penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, kesemua penumpang kemudian menaiki bas ganti untuk meneruskan perjalanan, manakala lorong kanan dan lorong tengah ditutup bagi kerja-kerja pembersihan serta pengalihan.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Rule 10 LN 166/59.

Sehubungan itu, polis meminta saksi membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Anuar Alang Kamarudin di talian 03-2266 3356 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular satu video selama 15 saat yang memaparkan bas berkenaan tersadai di lorong kanan lebuh raya sebelum ia ditunda keluar dari lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI