fbpx
Pengamal media di Melaka. GAMBAR HIASAN

Pengamal media Melaka terima one-off RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kerajaan negeri buat julung kalinya mengumumkan insentif khas secara one-off kepada pengamal media Melaka sebagai penghargaan terhadap peranan dalam menyampaikan dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, peranan media amat penting dalam memastikan maklumat kerajaan sampai kepada rakyat dengan berkesan.

“Hari ini, Melaka tidak akan berdiri megah tanpa adanya pengamal media yang menjadi jambatan dalam menyampaikan
dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan kepada rakyat.

“Maka, pada sidang dewan kali ini, buat julung kalinya kerajaan negeri mengangkat peranan media menerusi insentif
khas secara one-off sebanyak 500 ringgit dengan implikasi kewangan 75 ribu ringgit,” katanya.

Berita gembira itu disampaikan beliau dalam ucapan Bajet Negeri Melaka 2026 di Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, di sini hari ini.

Ujarnya, insentif khas itu akan disampaikan pada Mac tahun hadapan membabitkan seramai 150 pengamal media.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika), Amir Mamat berkata, sumbangan khas RM500 itu adalah bukti jelas kerajaan negeri menilai tinggi peranan media dalam pembangunan masyarakat.

“Atas dasar itu, Pendika dengan penuh rasa penghargaan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ketua Menteri atas keprihatinan dan kesungguhan beliau dalam memastikan kebajikan pengamal media terus diberi perhatian.

“Sesungguhnya, keprihatinan ini memberi semangat baharu kepada warga media untuk terus komited dalam menjalankan tugas dengan lebih berintegriti, profesional dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI