KOTA KINABALU -Jenazah Allahyarham Datuk Bung Moktar Radin yang meninggal dunia di Hospital Gleneagle awal pagi tadi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas selepas solat Jumaat hari ini.
Sebelum itu, orang ramai boleh menziarahi jenazah di kediamannya di Idang Residen, Luyang, dekat sini, bermula pukul 8 pagi hingga 9.30 pagi.
Selepas itu, jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan itu akan dibawa ke Masjid Bandaraya untuk urusan memandikan jenazah pada pukul 10 pagi sebelum disolatkan selepas solat Jumaat.
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas untuk dikebumikan.
Allahyarham Bung Moktar meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi tadi seperti dikongsikan anaknya, Naim Moktar di Facebook beliau.
Difahamkan Ahli Parlimen Kinabatangan itu menghadapi kegagalan buah pinggang selain jangkitan paru-paru dan dimasukkan ke Hospital Gleneagle sejak pagi semalam.
Selain ahli keluarga, pemimpin politik dan rakan kenalan beliau turut berada di hospital itu sejak berita beliau dimasukkan ke hospital tersebar lewat petang semalam.
Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman turut melawat ADUN Lamag itu ketika menjalani rawatan malam tadi.
Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Ketua UMNO Sabah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang berakhir pada Sabtu lalu.
Jenazah Allahyarham bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu sudah dibawa pulang ke kediamannya di Luyang awal pagi ini.- KOSMO! ONLINE
Jenazah Bung Moktar akan dikebumikan selepas solat Jumaat
- Oleh IVAN AMIRUL
- 5 Disember 2025, 7:18 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Seorang hakim cuti sakit, keputusan Syed Saddiq ditangguh 13 Julai
30 Jun 2026, 10:01 am

Manusia boleh berusaha, Allah yang tentukan – Syed Saddiq
30 Jun 2026, 9:40 am

‘Saya doa kebenaran, keadilan, ketenangan bersama YB’
30 Jun 2026, 8:49 am

Pinjam Proton Iswara ibu, ambil upah kutip sampah
30 Jun 2026, 8:42 am

Durian katak puru setanding musang king
30 Jun 2026, 8:30 am

Teknologi di sebalik Piala Dunia 2026, acara sukan tercanggih dalam sejarah
30 Jun 2026, 8:10 am

Di sini kawan, di sana jadi lawan
30 Jun 2026, 8:01 am

Piala Dunia 2026: Paraguay hantar Jerman ‘balik awal’
30 Jun 2026, 8:01 am






