fbpx
Shamsul Iskandar (tengah) ketika keluar dari mahkamah selepas selesai membayar jaminan hari ini.

Saya akan buktikan tidak bersalah – Shamsul Iskandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin bertekad membersihkan namanya selepas berdepan empat pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Shamsul Iskandar berkata, sejak siasatan bermula beliau mengambil pendekatan proaktif dengan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan yakin proses mahkamah akan membuktikan dirinya tidak bersalah.

“Pertama, saya ucap terima kasih kepada barisan peguam dan sahabat yang hadir hari ini bersolidariti dan berdoa. Insya-Allah, saya akan buktikan saya tidak bersalah.

“Kita akan ikut jalur hukum proses mahkamah dan saya dari awal memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan dan membersihkan nama saya,” katanya kepada pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sementara itu, peguam yang mewakili Shamsul Iskandar, Datuk Amer Hamzah Arshad, mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi keterlaluan berhubung kes itu dan menegaskan anak guamnya akan mempertahankan diri melalui proses undang-undang yang ada.

Terdahulu, Shamsul Iskandar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan rasuah.

Shamsul Iskandar, 51, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI