fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sejumlah motosikal ditimbus lumpur tebal seperti simen. - TikTok

Puluhan motosikal tertimbus lumpur keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Pidie Jaya, wilayah Aceh terkejut apabila melihat berpuluh-puluh motosikal ditimbus lumpur tebal selepas banjir besar yang melanda kawasan itu mulai surut, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @saiful_0284 menunjukkan puluhan motosikal ditimbus lumpur yang kering dan mengeras seperti simen.

Seorang penduduk tempatan dilihat memeriksa motosikalnya sambil membersihkan lumpur.

Banjir lumpur yang membadai Aceh bukan sahaja memusnahkan rumah dan harta benda, malah menyukarkan proses pemulihan.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Biar motosikal tertimbus tanah, yang penting orang selamat,” kata seorang netizen.

“Macam mana mahu bersihkan lumpur sebanyak itu?” kata pengguna media sosial lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN