fbpx
HOE YEAN

Hoe Yean masih belajar meski di puncak prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERENANG sensasi negara, Khiew Hoe Yean terus mempamerkan perkembangan positif menjelang Sukan SEA Thailand 2024 apabila menepati semua sasaran latihan di Pusat Latihan Kebangsaan sejak September lalu.

Ketua jurulatih skuad renang negara, Eric Anderson berkata, suasana latihan semakin rancak kerana atlet berada pada tahap motivasi tinggi setiap kali temasya besar semakin hampir.

“Tenaga dan usaha semua perenang sejak September sangat baik. Tetapi sudah tentu, peneraju pasukan kami ialah Hoe Yean. Setiap minggu dia menunjukkan contoh terbaik melalui usaha dan mentalitinya,” katanya.

Menurut Anderson, komitmen Hoe Yean bukan sahaja mengekalkannya sebagai perenang No. 1 negara, malah memastikan dia terus berkembang sebagai atlet elit.

“Walaupun dia perenang terbaik di Malaysia, dia masih belajar dan sentiasa mencari ruang memperbaiki teknik. Itu benar-benar memberi kesan besar pada apa yang dia mampu lakukan dalam latihan,” jelasnya.

Jurulatih kelahiran Amerika Syarikat itu berharap peningkatan tersebut dapat diterjemahkan kepada keputusan lebih baik di Bangkok, meskipun maklumat mengenai pencabar utama masih terhad.

“Sukar meramalkan apa yang bakal berlaku kerana kami tidak mempunyai data penuh tentang pesaing. Tapi satu perkara saya pasti, jika dia ada peluang di penghujung perlumbaan, sangat sukar untuk menewaskan dia,” katanya.

Selain Hoe Yean, Anderson turut optimis dengan prestasi atlet berpengalaman lain seperti Phee Jinq En, Arvin Shaun, Ananda Yin Chuen Lim dan Terence Ng yang disifatkannya sebagai tonggak stabil pada setiap edisi Sukan SEA.

“Jinq En misalnya, sedang melakukan antara latihan terbaik yang pernah kami lihat. Kami sangat positif dengan kumpulan senior,” katanya.

Skuad renang negara bakal berlepas ke Bangkok pada Isnin depan, dengan acara renang dijadualkan bermula Rabu ketika Hoe Yean dan Anderson terus memantapkan strategi baharu termasuk pelarasan tempo dan pengurusan tenaga bagi meningkatkan peluang podium. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI