fbpx
GAMBAR fail Olive Martin. - Foto Polis Durham/PA Wire

Sedar-sedar ada dalam bilik mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang wanita di Britain yang disangka meninggal dunia selepas mengalami sawan akhirnya tersedar ketika dia berada di dalam bilik mayat, lapr laman berita Metro UK yang memetik perbicaraan satu inkues.

Olive Martin, 54, sedang memasak roti bakar di rumahnya di Darlington apabila dia mengalami sawan dan rebah pada 13 Oktober lalu.

Kakitangan perkhidmatan kecemasan bergegas ke rumahnya sebelum paramedik terus menghantar ‘jasadnya’ ke Bilik Mayat Hospital Darlington, dan bukannya ke jabatan kecemasan.

Namun, kakitangan bilik mayat terkejut apabila mendapati Olive masih hidup di bilik mayat.

Menurut inkues di Mahkamah Koroner Crook, Olive meninggal dunia akibat kerosakan otak tidak lama selepas itu.

Peguam yang mewakili keluarga Olive, Tom Barclay Semple berhujah bahawa mangsa tidak menerima sebarang rawatan selama dua jam, selain bertanya sama ada kesannya akan berbeza sekiranya dia terus dibawa ke hospital.

John Gray yang mewakili polis Durham, memberitahu mahkamah bahawa terdapat bukti fungsi otak dan Olive bertindak balas terhadap rangsangan ketika ’jasadnya’ berada di bilik mayat.

Polis Durham menyiasat kematian tersebut pada ketika itu sebelum mengesahkan bahawa tiada pertuduhan jenayah akan dikenakan.

Inkues itu ditangguhkan pada 30 Januari tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN