fbpx
Tangkap layar video tular yang kini ‘trending’ di media sosial.

[VIDEO] ‘Memang aku panggil dia ‘B’, tahu apa? Brother lah!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah rakaman video yang tular baru-baru ini memaparkan kekecohan seorang lelaki didakwa bertindak ganas memukul dan mengheret isterinya di tepi jalan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada Isnin lalu dipercayai berpunca apabila mangsa datang ke sebuah gerai untuk mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan hubungan suaminya dengan seorang wanita lain.

Dalam rakaman berdurasi lebih seminit itu, lelaki terbabit dilihat hilang kawalan dan bertindak kasar termasuk menarik kolar baju isterinya di hadapan umum.

“Kau siapa? Kau nak tolong? Kau buat apa ni,” jerkah lelaki tersebut ketika tindakannya diperhatikan orang ramai.

Rakaman turut memaparkan pertengkaran antara seorang wanita berbaju jersi hitam didakwa kekasih lelaki itu dengan perakam video disyaki anak saudara mangsa.

Wanita tersebut dilihat cuba mempertahankan diri apabila ditanya mengenai panggilan mesra, B yang digunakannya terhadap lelaki berstatus suami orang itu.

“Memang aku panggil dia ‘B’. Tahu tak ‘B’ tu apa? Brother lah! Dia bukan suami saya, saya bukan isteri dia. Kalau betul aku tak bersalah, aku boleh saman korang,” tegasnya.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi dan kecaman netizen dan ada yang menganggap alasan wanita itu tidak munasabah.

“Mulai saat ini aku dah tak nak bagi bini aku panggil aku ‘B’, mati-mati aku ingat ‘B’ tu macam sayang, rupanya ‘brother’,” kata Nik Azrin.

“B tu brother (abang)? Buat laporan polis terus,” komen Isabella.

“Dah kantoi, nak baran dengan bini sendiri.. Kemain laju cakap…biasa nak menipu, skrip kena betul,” ujar Muhamad Shafiek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI