fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Melaka atas tiga pertuduhan seksual membabitkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.- AMRAN ALI/ KOSMO!

‘Abuya‘ kini berdepan 21 kes seksual, tiga di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang mudir madrasah dikenali sebagai ‘Abuya’ yang sebelum ini berdepan 18 pertuduhan seksual di mahkamah di Kelantan, Terengganu dan Perak didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas tiga pertuduhan membabitkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Tertuduh, Mohamad Aswadi Yah, 46, bagaimanapun membuat pengakuan konsisten tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa kira-kirq pukul 7.30 pagi di sebuah rumah beralamat di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh pada 4 Ogos 2024.

Terturuh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan.

Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama bagi tujuan seksual di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b)Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira kes melibatkan mangsa di bawah umur.

Peguam, Mohd. Irwan Sumadi bagaimanapun memohon jaminan rendah diberika. dengan alasan anak guamnya sudah membayar jaminan keseluruhan berjumlah RM93,000 bagi pertuduhan seksual lain yang dihadapinya di Kelantan, Perak dan Terengganu.

Selain itu, tertuduh yang mempunyai empat anak juga mempunyai penyakit darah rendah, kurang gula, sakit tulang belakang dan masalah saraf.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, Rohatul menetapkan jaminan RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan tarikh 5 Januari depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI