fbpx
Anggota polis mengawal sepanjang perobohan di Kampung Jawa, Klang itu. FOTO: AFIQ RAZALI

19 rumah akhirnya dirobohkan bagi jajaran WCE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Selepas diberikan tempoh lanjutan selama dua minggu akhirnya 19 buah rumah penduduk di Kampung Jawa di sini dirobohkan bagi membolehkan pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Perobohan ini dilakukan supaya kerja pembinaan jajaran sepanjang 150 meter (m) pada Seksyen 3 WCE dibuat selepas ia tergendala hampir dua tahun disebabkan pertikaian beberapa perkara daripada penduduk di kawasan terlibat.

Tinjauan Kosmo! mendapati kerja perobohan bermula pukul 8 pagi dengan kehadiran puluhan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan selain penguatkuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Kerja-kerja perobohan juga turut melibatkan beberapa agensi kerajaan serta syarikat yang terlibat seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dalam sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor memaklumkan operasi berjalan dengan lancar dan terkawal.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr. Gunaraj George berkata, kerajaan negeri akan menyegerakan pemberian Skim Smart Sewa kepada penduduk yang tidak mempunyai tempat perlindungan lain.

“Semua permohonan kini dalam proses. Penduduk masih tidak menerima duit pampasan lagi kerana duit pampasan ada pada peguam yang dilantik mereka,” jelasnya.

Mengulas lanjut, katanya, proses perobohan hari ini melibatkan 2.02 hektar tanah manakala jajaran WCE hanya melibatkan 0.8 hektar tanah.

“Setelah siap jajaran, 1.2 hektar tanah ini akan diberikan kepada 19 penduduk ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN