Anggota sukarela bomba membantu menyelamatkan mangsa banjir terutamanya rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai baru-baru ini.

‘Kami nyaris maut ketika mahu selamatkan rakyat Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – “Kami nyaris maut apabila bot terbalik ketika mahu selamatkan rakyat Malaysia terkandas di Hatyai, namun itu tidak patahkan semangat ka­mi untuk terus hulur bantuan.”

Demikian kongsi Pengerusi Pa­sukan Bomba Sukarela Sungai Petani, Leong Beng Tat apabila bot penyelamat dinaiki empat ang­­gota terbalik dihentam arus deras ketika misi menyelamat rak­yat Malaysia yang terkandas di Hatyai, Thailand baru-baru ini.

Katanya, ia merupakan operasi menyelamat paling mencabar se­jak 2007 kerana merupakan ope­rasi pertama pasukan di luar ne­gara.

“Kami berdepan keadaan yang tidak dijangka, laluan ditenggelami air dan pada awalnya tidak mendapat kebenaran Thailand, namun urusan dipermudahkan selepas melihat kesungguhan ka­mi,” katanya di sini semalam.

Beng Tat

Menurutnya, detik cemas berlaku ketika mereka menghampiri Hotel W3 untuk menyelamatkan 15 pelancong yang terputus hu­bungan sebelum bot mereka dihentam arus kuat sebelum terbalik dan hanyut.

“Keadaan waktu itu kelam-ka­but kerana kami tercampak ke da­lam air, namun kami bernasib baik apabila diselamatkan su­ka­relawan Thailand. Bot kami di­temui semula keesokan hari,” ujarnya.

Katanya, semasa di sana, pi­hak­­nya menerima ratusan panggilan daripada keluarga mangsa dalam keadaan talian telefon ke­rap terputus selain pengguna­an walkie-talkie tidak dibenarkan.

“Kami mendapat maklumat ada mangsa pengsan dan kanak-kanak mengalami cirit-birit. Kami berusaha untuk menyelamatkan mangsa walaupun ada beberapa hotel sukar didekati kerana wayar elektrik berselerak yang membahayakan.

“Dengan usaha berulang-alik tan­pa henti, pasukan sukarela akhir­nya berjaya membawa keluar sebahagian besar mangsa yang terperangkap,” ujarnya.

Tambahnya, dalam tempoh li­ma hari, lebih 1,500 rakyat Ma­laysia berjaya diselamatkan se­belum dihantar pulang ke Danok.

“Cabaran yang kita tempuhi sepanjang misi ini menjadi pengalaman paling berharga untuk memperkukuh kesiapsiagaan ka­mi pada masa depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN