fbpx
SPEEDY Tigers sekadar mengulangi prestasi edisi sebelum ini apabila menamatkan saingan di tempat keempat.

Kesilapan awal musnahkan Speedy Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HASRAT Speedy Tigers menamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025 dengan momentum positif tidak kesampaian apabila mereka tumpas 1-6 kepada New Zealand dalam aksi penentuan tempat ketiga di Ipoh, malam kelmarin.

Malaysia dikejutkan dengan dua gol awal dalam tempoh lima minit pertama, situasi yang jelas merencatkan perancangan pasukan sebelum jaringan ketiga Black Sticks memaksa anak buah Sarjit Singh beraksi dalam mod mengejar permainan sepanjang babak pertama.

Sarjit mengakui permulaan longgar menjadi titik tolak kekalahan besar itu, selain menegaskan pasukannya bergelut untuk menstabilkan semula permainan sebaik ketinggalan 0-3.

“Seperti sebelum ini, kami sekali lagi melepaskan dua gol awal dan itu menyukarkan kami untuk mengejar permainan. Apabila kami cuba bangkit, kami pula bolos gol ketiga dan dari situ semuanya menjadi lebih sukar,” katanya.

Meskipun ketinggalan jauh, Sarjit memuji semangat pemain yang tidak putus asa dan tetap berusaha merapatkan jurang sehingga minit akhir.

“Walaupun sudah 5-0, pemain tetap cuba sedaya upaya. Kami sebenarnya mampu menjaringkan beberapa lagi gol, tetapi penyudah kami tumpul. Sekurang-kurangnya kami sepatutnya menjaringkan dua atau tiga gol lagi,” ujarnya.

Jurulatih itu turut mengakui New Zealand tampil lebih kemas dalam dua suku pertama dan mengambil kesempatan terhadap ruang yang terbuka apabila Malaysia terpaksa meningkatkan intensiti untuk memburu jaringan.

Mengulas mengenai pembinaan skuad ke kelayakan Piala Dunia pada Februari hingga Mac depan, Sarjit mahu menilai semula prestasi pemain termasuk mereka yang kini beraksi dalam saingan hoki 5 sebelah (5s) dan hoki dalam dewan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN