fbpx
Thanaraj ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini.

Lelaki didakwa tipu gadis hingga serah barang kemas RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang kelindan lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang remaja perempuan membabitkan pelbagai barang kemas bernilai RM15,000.

Bagaimanapun tertuduh S.Thanaraj, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menipu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan memperdayakannya supaya menyerahkan (1) bentuk cincin emas, (1) pasang subang emas, (1) loket emas dan (1) utas gelang tangen emas yang bernilai RM 15,000 yang mana remaja itu tidak akan berbuat demikian jika tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah tempat di Jalan Kenyalang, Seksyen 11 Kota Damansara di sini pada 26 Oktober lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan pemenjaraan tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat dan bolehlah juga dikenakan denda.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Februari depan bagi sebutan semula kes.

Sementara itu di Mahkamah sama, tertuduh mengaku salah dan didenda RM4,000 atas kesalahan memiliki bahan lucah. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Thanaraj didakwa memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit jenis Oppo di sebuah kondominium di Bandar Utama, di sini, pukul 12.30 tengah hari pada 23 November lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Leong Hui manakala peguam Datin Raj Preet Kaur dan Kailash Sharma yang mewakili tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI