fbpx
NASIR (belakang, tengah) ketika hadir menyempurnakan penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad petanque negara ke Sukan SEA 2025 di Wisma MOM hari ini.

Perubahan ke Bangkok mudahkan urusan kontinjen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyifatkan keputusan tuan rumah Sukan SEA Thailand 2025 memindahkan kesemua acara dari Songkhla ke Bangkok sebagai satu ‘rahmat’ kerana memastikan pengurusan lebih tersusun buat kontinjen negara.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, perubahan lokasi itu bukan sekadar sebagai respons logistik tetapi merupakan satu langkah yang membolehkan pemantauan atlet dibuat lebih dekat.

Beliau menjelaskan, perpindahan itu turut melibatkan peningkatan kos penerbangan, hotal serta pengangkutan, namun menganggap perkara tersebut tidak dapat dielakkan dalam jangka masa singkat.

Walaupun ada perubahan venue tetapi format pembiayaan kekal sama apabila atlet kategori A ditanggung sepenuhnya MSN manakala kategori B dibiayai sepenuhnya persatuan sukan masing-masing.

“Dengan pemindahan dari Songkhla ke Bangkok, kos memang ada peningkatan, terutamanya dari aspek penerbangan, pengangkutan dan hotel. Perkara ini sedang dikaji semula oleh MSN (Majlis Sukan Negara) dan MOM.

“Bagi kategori B, persatuan mungkin terpaksa mencari sumber dana tambahan. Dalam jangka masa pendek ini, jumlah penerbangan dan mungkin kos meningkat dengan mendadak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad petanque negara dan pelancaran laman web Persekutuan Sukan Boules Malaysia (MBSF) di Wisma MOM di sini, hari ini.

Sementara itu, Nasir turut menjelaskan, tidak ada mana-mana persatuan yang menghubungi MOM secara rasmi bagi meminta bantuan tetapi ada beberapa pihak sudah menyatakan kebimbangan mengenai kos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI