fbpx
Saarani menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

LAP belanja RM32 juta air percuma, rebat untuk rakyat Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan negeri menerusi Lembaga Air Perak (LAP) telah membelanjakan hampir RM32 juta untuk pelaksanaan subsidi air percuma dan pemberian rebat bil utiliti air, sehingga Oktober tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelaksanaan kedua-dua inisiatif strategik itu merupakan usaha LAP mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu, subsidi air percuma diberikan kepada golongan miskin dengan kadar 25 meter padu air sebulan atau bersamaan dengan kadar RM20.40.

“Subsidi air percuma disalurkan kepada golongan miskin dan termiskin yang berdaftar serta menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ,Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) atau Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

“Selain itu, rebat bil air sebanyak RM4 sebulan turut diberikan kepada semua pengguna akaun domestik di negeri Perak,” katanya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian ketika menjawab soalan lisan Najihatussalehah Ahmad (PN-Bota) pada Persidangan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI