DI sinilah alam mengekalkan rahsia lamanya, di mana tasik, paya dan hutan banjir bernafas dalam kitaran abadi, seolah-olah masa berhenti berputar. Taman Negara Danau Sentarum bukan sekadar destinasi ekopelancongan, sebaliknya menjadi salah satu keajaiban semula jadi yang berubah wajah mengikut musim. Ketika air naik, pohon-pohon tenggelam membentuk perairan tenang sejauh mata memandang. Namun apabila kemarau datang, semua airnya hilang menjadi daratan kering kontang. Dalam keheningan hutan banir yang tidak terusik oleh arus moden, saya menjejak impian yang telah lama dipendam……















