fbpx
GRETA (gambar kecil) menyertai kumpulan alam sekitar menuang pewarna hijau ke dalam terusan. - AFP/EPA

Greta Thunberg diharamkan masuk Venice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROM – Aktivis iklim dari Sweden, Greta Thunberg diharamkan daripada memasuki Venice selepas Grand Canal di bandar Itali itu bertukar hijau dalam satu tindakan protes, lapor saluran berita ABC News semalam.

Menurut akhbar The Telegraph, Greta, 22, menyertai kumpulan alam sekitar, Extinction Rebellion pada hujung minggu lalu ketika mereka mencurahkan pewarna ke dalam terusan air ikonik yang membentuk bandar bersejarah itu.

Pewarna yang tidak mengandungi toksik dan sering digunakan dalam kajian alam sekitar itu telah menukar warna air di Grand Canal menjadi hijau terang.

Kumpulan itu yang dalam usaha menonjolkan kesan besar keruntuhan iklim turut menggantung sepanduk dari Jambatan Rialto dan menghantar sebilangan penunjuk perasaan berpakaian labuh berwarna merah untuk berjalan melalui kumpulan pelancong.

Gabenor Wilayah Veneto, Luca Zaia mengecam demonstrasi tersebut dengan menyifatkannya sebagai tindakan yang merosakkan bandar Venice.

“Tindakan seperti ini merosakkan Venice, memerlukan kerja pemulihan dan secara paradoks, menghasilkan pencemaran,” tulis Zia di platform Instagram.

Pentadbiran bandar itu mengharamkan Greta daripada memasuk Venice selama 48 jam, selain dia turut dikenakan denda sebanyak €150 (RM715) di samping 35 penunjuk perasaan lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN