fbpx
Seorang lelaki maut dalam kemalangan dengan sebuah pikap polis di Jalan Persiaran Wawasan, Kangar malam tadi.

Penunggang motosikal maut, anggota polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang penunggang motosikal maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan dengan buah trak pikap polis di Jalan Persiaran Wawasan berhampiran Kompleks Seri Putra di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 10.25 malam tadi.

“Nahas dipercayai berlaku apabila pikap polis yang dipandu anggota yang sedang melakukan rondaan berlanggar dengan dua buah motosikal dari arah bertentangan.

“Mangsa lelaki yang maut berusia 24 tahun. Mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat. Mangsa berusia 25 tahun yang cedera menerima rawatan di Zon Kuning Hospital Tuanku Fauziah dan dalam keadaan sedar,” katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kecuaian berpunca daripada pemandu pikap dan anggota polis tersebut ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Orang ramai diminta agar tidak mengambil tindakan sendiri dan menyebarkan spekulasi yang boleh memudaratkan ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan kejadian kekecohan selepas beberapa individu menyatakan rasa tidak puas hati terhadap anggota polis yang terlibat dalam kemalangan maut itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN