fbpx
Sheraton Grand Xiamen Jimei dengan kapasiti 370 bilik, usaha niaga hotel pertama IOI Properties Group di Republik Rakyat China.

Pendapatan IOIPG naik 41% kepada RM968 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – IOI Properties Group Berhad (IOIPG) mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 41 peratus kepada RM968.7 juta dalam suku pertama bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026.

Peningkatan didorong oleh prestasi kukuh merentasi ketiga-tiga segmen perniagaan teras, dengan segmen Pembangunan Hartanah, Pelaburan Hartanah dan Hospitaliti & Riadah mencatatkan pertumbuhan ketara masing-masing sebanyak 47 peratus, 31 peratus dan 44 peratus.

Keuntungan sebelum cukai pula meningkat lebih daripada lima kali ganda kepada RM753.6 juta, berbanding RM133.7 juta pada suku pertama tahun kewangan 2025.

Prestasi kukuh itu terutamanya disebabkan oleh pengukuran semula keuntungan sebanyak RM502.8 juta susulan penyempurnaan pengambilalihan South Beach di Singapura, serta prestasi yang lebih kukuh bagi segmen Pembangunan Hartanah dan Pelaburan Hartanah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOIPG, Lee Yeow Seng berkata, pihaknya berbesar hati untuk memulakan tahun kewangan baharu dengan nada yang menggalakkan, disokong oleh daya tahan segmen perniagaan teras.

“Walaupun cabaran dalam persekitaran ekonomi global mungkin berterusan, prospek kadar faedah yang menggalakkan di Singapura dan prospek positif sektor hospitaliti menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 memberi petanda baik kepada Kumpulan.

“Sekiranya tiada sebarang kejadian yang tidak dijangka, prestasi kewangan Kumpulan untuk tahun ini dijangka memuaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada suku pertama tahun kewangan 2026, segmen Pembangunan Hartanah IOIPG mencapai jualan sebanyak RM473.6 juta, yang mana 81 peratus daripadanya disumbangkan projek tempatan manakala 19 peratus selebihnya daripada projek di China. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI