fbpx
Tangkap layar memaparkan tindakan seorang graduan lelaki yag melanggar istiadat konvokesyen ketika pengurniaan ijazah pada salah satu sidang.

UiTM kesal graduan langgar adab konvokesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan seorang graduan yang didapati melanggar adab ketika berlangsungnya Istiadat Konvokesyen universiti itu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, UiTM menegaskan bahawa perbuatan graduan terbabit jelas bercanggah dengan etika istiadat yang sepatutnya dipatuhi oleh setiap penerima ijazah.

Menurutnya, pihak universiti sentiasa menitikberatkan disiplin dan tatacara konvokesyen, termasuk melalui taklimat wajib oleh Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen (BPRPK) ketika pengambilan jubah.

“Graduan sudah diingatkan supaya mematuhi etika bermula daripada perarakan di luar dewan sehinggalah memulangkan jubah kepada universiti,” ujarnya.

Menurutnya, penekanan terhadap etika dan adab diberikan kerana istiadat konvokesyen merupakan cerminan perjalanan ilmu graduan bersama universiti.

“UiTM berharap semua pelajar yang akan hadir pada istiadat akan mematuhi segala etika dan peraturan universiti,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman di media sosial memaparkan seorang graduan lelaki meminta Pro Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, untuk memandang kamera ketika pengurniaan ijazah pada salah satu sidang konvokesyen berkenaan dan telah mengundang kecaman orang ramai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN