fbpx
GAMBAR dikongsikan oleh seorang pelajar UniMAP dikenali sebagai Nurin menunjukkan keadaan banjir di bandar Hatyai, wilayah Songkhla di Thailand pagi tadi.

UniMAP bantu 20 pelajar terkandas di Hatyai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil tindakan segera bagi membantu kira-kira 20 pelajar yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Dr. Mohamad Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, pihak universiti melakukan tinjauan segera bagi mengumpul data lengkap membabitkan pelajar dan keluarga mereka.

“Kami turut bekerjasama dengan rakan strategik bagi menyalurkan bantuan kecemasan. Pihak universiti turut menubuhkan kumpulan WhatsApp khas bagi memudahkan komunikasi antara pelajar, waris dan pegawai bertugas,” katanya hari ini.

Tambahnya, UniMAP turut berkongsi nombor telefon pegawai konsulat bagi membolehkan pelajar dan keluarga menyalurkan maklumat.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman berkata, pihaknya bercadang mengadakan satu sesi konvokesyen khas sebagai penghargaan kepada graduan yang terkesan dengan bencana tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI