fbpx
Keadaan rumah penduduk yang terjejas banjir di Taman Koperasi Perumahan Rakyat Kelantan, Kampung Budi dekat Bachok semalam.

1,567 mangsa berlindung 12 PPS di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Kelantan meningkat kepada 1,567 orang berbanding 750 orang susulan hujan berterusan sejak malam tadi.

Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata, kesemua mangsa yang terdiri daripada 631 keluarga itu berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, daerah Kota Bharu, Tumpat dan Bachok menjadi lokasi yang terjejas banjir.

“Tumpat mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dengan seramai 629 mangsa diikuti Bachok (562) dan Kota Bharu (376),” katanya.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, hujan lebat peringkat buruk dijangka berterusan berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga esok.

“Hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang sehingga Rabu ini,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI