fbpx
Tangkap layar video gelagat Dr. Mahathir dan isterinya di dalam kereta yang dimuat naik di Instagram bekas Perdana Menteri itu semalam.

[VIDEO] Tun M usik isteri pandu kereta tanpa pegang stereng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika memandu tanpa memegang stereng mengundang ‘usikan manja’ isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi perkongsian video berdurasi hampir tiga minit yang dimuat naik di Instagram rasmi Dr. Mahathir semalam, Dr. Siti Hasmah dilihat menegur suaminya yang memandu sebuah kenderaan dipercayai memiliki fungsi pemanduan sendiri.

“Tak perlu pegang stereng ke? (Kereta ini) perlu pusing,” tegurnya.

Namun, Dr. Mahathir membalas dengan selamba sambil berseloroh bahawa kereta itu boleh bergerak sendiri tanpa sentuhan pemandu.

“Tak perlu pusing (stereng), ia boleh pusing sendiri,” jawab beliau.

Pasangan itu turut kelihatan ceria bergurau senda di dalam kenderaan sepanjang perjalanan menuju ke sebuah restoran di Taman Tun Dr. Ismail.

Lebih menarik perhatian, Dr. Siti Hasmah dilihat memeluk sebuah anak patung sepanjang menemani suaminya memandu.

Semasa di restoran kelihatan orang ramai mengambil peluang bergambar dengan kedua-dua pasangan negarawan itu.

Perkongsian video tersebut menerima lebih 4.7 juta tontonan dengan 14,100 tanda suka di Instagram.

Ramai memuju kekuatan kesihatan Dr. Mahathir kerana masih mampu memandu sendiri pada usia 100 tahun.

“Moga Tun dan isteri terus diberi kesihatan, kebahagiaan yang panjang,” kata Shuhada.

“Bahagian sampai ke akhir hayat,” kata Jasmien.

“Entah kenapa, setiap kali lihat video Tun dan isteri, rasa sayu sangat. Tak sanggup kehilangan kedua-duanya. Moga Tun dan isteri sentiasa di dalam lindunganNya,” komen Yana. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI