fbpx
DENIZ menunjukkan sebahagian menu Turkiye yang boleh dinikmati di Turks KL, Kuala Lumpur. – M. FIRDAUS M. JOHARI

Terokai keenakan tradisi Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP suapan kebab begendili menghadirkan keseimbangan tekstur yang lembut, berasap dan sedikit berlemak.

Ia menghidupkan kembali asal usul hidangan istana Ottoman atau Uthmaniyyah Turkiye yang dikenali sebagai makanan untuk sultan.

Terung bakar yang dilenyek halus membentuk lapisan dasar berkrim, diserlahkan dengan sos putih yang lembut dan beraroma.

Proteinnya, sama ada ayam atau daging lembu, dipanggang perlahan, menyerap dengan sempurna manis asli sayur-sayuran yang dimasak bersama.

Hidangan penuh warisan kebanggaan Turkiye itu boleh didapati di Turks KL, Taman Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Menurut cef eksekutif, Deniz Alkoc, makanan di restorannya merupakan menu dari wilayah Anatolia iaitu bahagian Asia Turkiye.

“Anatolia merupakan kawasan perkampungan gunung-ganang di bahagian Asia Turkiye yang kaya budaya, dengan profil rasa yang sederhana.

“Makanan kami tidak terlalu pedas dan tidak terlalu manis. Ia menggunakan rempah yang lebih ringan, menonjolkan pes tomato sebagai asas,” katanya kepada CitaRasa.

Selain kebab begendili, pelanggan turut wajib mencuba keunikan Ottoman kebab, resipi asli hasil sentuhan Deniz sendiri.

Hidangan tersebut menampilkan terung bakar bersos putih sebagai dasar, dilengkapi dengan kebab ayam atau kambing.

PIDE piza berbentuk pai panjang yang diisi campuran daging kambing serta sayuran.

Kemudian, disempurnakan dengan sos tomato buatan sendiri serta taburan keju yang menambah rasa berkrim dan berlemak.

Bagi yang memiliki impian untuk menaiki belon terbang di Cappadocia, mereka harus merasai masakan terkenal dari sana iaitu traditional testi kebab.

Kebab ini menampilkan gabungan terung, capsicum, bawang dan bawang putih dengan pilihan ayam atau daging lembu sebagai protein utama.

Di Turkiye, hidangan ini lazimnya menggunakan kambing, namun di sini tidak digunakan kerana kualiti rasanya tidak sama seperti di negara asal.

Bagi pelanggan yang mahukan makanan ringkas, mereka boleh memesan turkish pizza atau dikenali sebagai pide.

Piza tersebut hadir dalam bentuk pai panjang yang diisi campuran daging lembu, daging kambing serta sayur-sayuran, kemudian dilengkapkan dengan keju mozzarella.

Untuk peminat salad, mereka perlu mencuba halloumi salad yang menggabungkan jeruk tembikai, roket, bayam, daun salad, tomato, daun kucai serta keju feta.

HIDANGAN traditional testi kebab yang tampak menyelerakan.

Ia disempurnakan dengan sos krim masam yang dibuat daripada minyak zaitun, pudina kering dan jus lemon.

Tambah Cef Deniz, sayur-sayuran sememangnya komponen teras masakan Turkiye, bukan sekadar hiasan.

“Masakan Turkiye sangat dipengaruhi iklim Mediterranean dan masakan kategori zeytinyagli menonjolkan sayur-sayuran yang dimasak perlahan.

“Walaupun kebab terkenal, banyak hidangan tradisi Turkiye sebenarnya lebih berasaskan sayur daripada daging,” katanya.

Sekiranya mahukan snek ringan, pelanggan boleh memesan pelbagai jenis roti Turkiye seperti iskender, acma, simit, lavash dan tombik.

Hidangan ini enak digandingkan dengan hummus turkiye, patlican soslu (terung bersos), yogurt karamel, sos tomato pedas dan baba ganoush.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN