fbpx
SZE FEI (kiri) dan Izzuddin berdepan kejutan apabila tewas kepada beregu muda Indonesia di separuh akhir Terbuka Australia hari ini.

Terbuka Australia: DinFei ‘tumbang’ di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa menerima hakikat gagal untuk melangkah ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia.

Bekas gandingan No.1 dunia itu akur dengan kekalahan 15-21, 15-21 kepada beregu Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin pada aksi separuh akhir di Olympic Boulevard, Sydney sebentar tadi.

Meskipun turun dengan status sebagai pilihan kedua kejohanan, namun pasangan yang diberi julukan DinFei itu agak tersentak apabila pemain lawan mempamerkan corak permainan cukup pantas.

Walaupun cuba untuk melakukan kebangkitan di set kedua, namun pemain lawan kembali mengejar dengan mengutip mata demi mata sebelum memastikan kemenangan dan meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir.

Kekalahan itu menyaksikan hasrat Sze Fei-Izzuddin untuk melangkah ke final ketiga mereka musim ini tidak tertunai selepas melakukannya pada Terbuka India dan Terbuka Jepun.

Sebagai rekod, Indra-Joaquin merupakan gandingan yang turut menewaskan satu lagi beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun di pusingan suku akhir semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN