fbpx
Rohaizad (dua,kanan) menunjukkan sebahagian arak yang dirampas pada sidang akhbar, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Ikrar minuman keras bernilai RM2.71 juta sebagai bahan kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Cubaan seludup tiga kontena minuman keras bernilai lebih RM2.71 juta dengan mengikrar barangan dagangan itu sebagai ammonia bikarbonat terbongkar selepas dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang di Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Rohaizad Ali berkata, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan sepasukan pegawai dari Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan negeri pada 16 Oktober lalu, pihaknya telah menemui sejumlah 116,952 tin bir import dalam muatan kontena terbabit.

“Ketiga-tiga kontena yang disyaki berasal dari sebuah negara di Asia Timur itu telah diimport masuk oleh sebuah syarikat tempatan yang berpangkalan di Cheras.

“Kita turut mendapati kontena-kontena tersebut dikendalikan oleh sebuah syarikat perkapalan antarabangsa yang memiliki anak syarikat yang beroperasi di Kuala Lumpur.

“Modus operandi yang digunakan adalah cuba berselindung di sebalik pengikraran ammonia bikarbonat bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan Kastam di Bagan Jermal di sini, hari ini. Anggaran keseluruhan rampasan membabitkan cukai dan duti berjumlah RM2,713,468.56. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI