fbpx
Gambar hiasan.

Sarawak, Selangor, Sabah peningkatan tertinggi bilangan cerai orang Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga negeri mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang Islam iaitu Sarawak (579: 33.9 peratus), Selangor (459: 4.8 peratus) dan Sabah (398: 12.7 peratus) pada tahun lalu.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, menurut laporan Perangkaan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Malaysia 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan perceraian meningkat 4.1 peratus kepada 60,457 (2024) daripada 58,095 (2023).

Menurutnya, ini menyebabkan Kadar Perceraian Kasar (CDR) meningkat kepada 1.8 (2024) daripada 1.7 (2023) bagi setiap 1,000 penduduk.

“Bilangan perceraian orang Islam mencatatkan peningkatan 7.3 peratus pada 2024 (47,577) berbanding 2023 (44,322).

“Perceraian orang bukan Islam pula menurun 6.5 peratus kepada 12,880 (2024) daripada 13,773 (2023),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga negeri mencatatkan penurunan tertinggi bilangan perceraian orang bukan Islam iaitu Sarawak (236: 8.9 peratus), diikuti Selangor (224: 7.8 peratus) dan Perak (145: 9.7 peratus).

Katanya, selain itu, perceraian tertinggi adalah dalam kumpulan umur 30 hingga 34 tahun bagi lelaki dan juga perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI