fbpx
Tangkap layar hantaran oleh Richard Kerr di Aplikasi X berkongsi gambar pemilik perniagaan lori tunda yang memberinya inspirasi.

‘Dia bayar ansuran tepat pada masanya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Membina perniagaan sendiri memerlukan kecekalan, komitmen dan pengorbanan yang tinggi terutama apabila bermula sebagai pemandu lori.

Menerusi perkongsian ahli perniagaan terkenal, Richard Kerr di Aplikasi X, pertemuan bersama seorang pemandu lori tunda mengingatkannya tentang disiplin dalam perniagaan.

Sebelum ini, lelaki itu hanya memandu lori selepas menamatkan pembelajaran di Tingkatan 4 sebelum menyambung pengajian ke Institut Kemahiran Mara.

“Ketika dia mahu memulakan bisnes tunda, dia beritahu langsung tidak layak mendapat pinjaman perniagaan. Jadi dia ambil pinjaman peribadi sebagai ganti. Walaupun faedah lebih tinggi dan risiko lebih besar. Dia membeli lori tunda pertamanya.

“Selama lima tahun, dia membayar setiap ansuran tepat pada masanya,” katanya.

Perjalanan jauh dan malam yang panjang sebagai pemandu lori memerlukan kerja keras dan tanggungjawab apabila berjumpa keluarga setiap satu hingga dua minggu sahaja.

“Empat tahun kemudian, dia menaik taraf kepada lori lebih baik dengan sistem pemuatan automatik. Kini dia memilih sendiri waktu kerjanya. Orang lain mungkin sudah ada tujuh lori. Itu rezeki dia. Rezeki kita lain,” katanya.

Pemandu lori itu memaklumkan, walaupun masih susah, semuanya berlaku atas kehendak sendiri. Dia turut berpesan kejujuran penting dalam perniagaan dan tidak dengki dengan orang lain.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai turut bersetuju dengan tindakan pemandu lori yang mengambil langkah memulakan perniagaan memerlukan disiplin yang tinggi.

“Untuk mengusahakan perniagaan, bukan sahaja persepsi malah, prinsip juga diperlukan. Perniagaan yang jujur itu sebenarnya susah,” komen @Smart69pls

“Langkah kecil, pertumbuhan perniagaan perlahan serta kejujuran memang resipi sebenar untuk berjaya,” komen @Sieshibaninja –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN