fbpx
Keadaan jambatan di Batu 11, Kampung Serian, Gua Musang yang dilimpahi air Sungai Galas susulan hujan lebat pada awal pagi tadi. FOTO IHSAN PENDUDUK

Air Sungai Galas melimpah, 30 murid terpaksa ‘ponteng’ sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Kira-kira 30 murid di Batu 11, Kampung Serian di sini hari ini tidak hadir ke sekolah apabila jambatan yang menjadi laluan utama ke kampung itu ditenggelami air Sungai Galas.

Penduduk kampung menyedari air Sungai Galas melimpah lebih empat meter pada pukul 1 pagi tadi.

Seorang penduduk, Muhamad Rofi Ismail, 58, berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk tidak dapat ke kebun dan menghantar anak ke sekolah.

“Lebih 30 murid dan kanak-kanak tabika tidak dapat ke sekolah hari ini. Keadaan ini mungkin mengambil masa beberapa jam lagi untuk surut,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Hazimah Ibrahim, 52, memberitahu, hujan lebat sejak pukul 7 malam semalam menyebabkan orang kampung tidak lena tidur kerana bimbang kediaman mereka dinaiki air.

“Laluan ini memang kerap dinaiki air jika hujan lebat dan musim tengkujuh. Penduduk yang tinggal di berdekatan jambatan tidak dapat tidur lena semalam dan sudah bersiap sedia untuk berpindah sekiranya air terus naik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI