fbpx
Tangkap layar hantaran pengguna Threads, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berlari ke tengah jalan selepas dilepaskan daripada dukungan bapanya.

‘Tolonglah pegang tangan anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang lelaki yang tidak memegang tangan anaknya sehingga berlari ke tengah jalan.

Menerusi hantaran pengguna Threads, @Umiluqman69, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berlari ke tengah jalan selepas turun daripada dukungan bapanya.

“Kepada yang ada anak kecil, tolonglah pegang tangan anak. Jangan hendaknya nyawa anak hilang di depan mata sekelip mata,” ujarnya.

Video berdurasi seminit itu turut memaparkan bapanya baru sahaja melepaskan anaknya daripada dukungan selepas melintas jalan.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial berharap ibu bapa dan pemandu masing-masing peka dengan keadaan sekitar jalan raya.

“Saya pun pernah kena macam ini. Memang terus marah mak budak itu depan muka. Dashcam (rakaman papan pemuka) waktu itu pun masih tersimpan lagi,” komen @Ainarhman

“Faham memang boleh terlepas pandang, tapi dari cara bapanya, boleh tengok sahaja anak dia lari macam tak gelabah pun. Nasib tak jadi apa-apa,” komen @Makcikrandom

“Aku kalau nampak budak di tepi jalan memang terus ingatkan suami untuk pandu perlahan. Pemandu dan ibu bapa kena sama-sama peka,” komen @Sya.gypsy – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI